Peranan

Peranan Guru Pemulihan Khas (LINUS)

Peranan Penilaian (Assessment Role)
  • Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M.
  • Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid secara khusus.
  • Menjalankan  penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan sistematik.
Peranan Preskriptif (Prescriptive Role)
  • Merancang, menyedia dan melaksanakan program secara individu bagi  murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
  • Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan sekiranya diperlukan.
Peranan Pengajaran (Therapeutic Role)
  • Mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan dan kaedah serta penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi  agar objektif-objektif pembelajaran khusus dapat dicapai.
  • Menilai dan merekod prestasi  murid dari semasa ke semasa.
  • Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara ‘team-teaching’ atau ‘khidmat damping sekiranya perlu.
Peranan Khidmat Bantu (Supportive Role)
  • Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
  • Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai teknik-teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.
Peranan Perhubungan (Liaison Role)
      Berhubung dengan :
  • Pentadbir  sekolah –Guru Besar dan Penolong Kanan
  • Guru-Guru lain – guru kelas dan guru subjek
  • Ibu bapa dan waris
  • Masyarakat
  • Khidmat sokongan – pegawai perubatan, kaunselor dan agensi luar.
Peranan Kaunseling (Counseling Role) 
  • Memupuk hubungan mesra (rapport) dengan murid dalam suasana yang bebas dari ancaman
  • Menolong mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif
Peranan Advokasi (Advocative Role) 
  • Wujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama ada di peringkatPKG, daerah malah sehingga ke peringkat  negeri.
  • Dedahkan apa yang dibuat kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah dan juga para waris melalui program ‘reach out’ atau ‘outreach’.

1 comment:

  1. peranan guru pemulihan sangat mencabar....terima kasih cikgu....

    ReplyDelete