Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


PERSEDIAAN RANCANGAN HARIAN
BAHASA MELAYU

CONTOH 1

Minggu: _______                                       Hari: __________                                   Tarikh:__________

Mata Pelajaran    : Bahasa Melayu
Kelas                    :  Tahun 2 Samihin            Masa :  1.00 – 2.00 ptg

Tajuk     :    Huruf abjad kecil a – z

Kemahiran:   1.  Mengenal huruf-huruf abjad kecil a,b, c, d….   (Kumpulan 1- 4 orang)
                        2. Mengasingkan huruf-huruf abjad kecil mengikut warna a,b,c,d…(Kumpulan 2 – 3 orang)                                      3. Menyesuaikan huruf-huruf abjad kecil yang sama saiz a,b, c,d,…. (Kumpulan 3 – 5 orang)

Objektif    :  1. Kumpulan 1 - murid boleh menyebut serta menyalin huruf-huruf abjad kecil a-z
                      2. Kumpulan 2 – murid boleh mengasingkan serta menekap huruf-huruf abjad mengikut warna
                      3. Kumpulan 3 – murid boleh menyesuaikan huruf-huruf abjad kecil mengikut saiz

Aktiviti     :     Kumpulan 1  
                         i. rakan murid menunjukkan huruf-huruf abjad kecil secara  rawak.
                         ii. rakan murid mempamerkan huruf-huruf abjad kecil secara turutan.
                         iii. murid menyebut huruf-huruf abjad yang dipamerkan oleh rakan.              
                         iv. murid menyebut dan menyalin semula huruf-huruf abjad kecil  yang disediakan.

                        Kumpulan 2     
                        i.  Murid mengasingkan huruf-huruf abjad kecil mengikut warna.
                        ii.  Murid cuba mencari huruf-huruf yang tersembunyi dalam gambar yang disediakan.
                        iii.  Murid menekap @ melukis huruf-huruf yang sama pada bahan yang disediakan.

                        Kumpulan 3   
                        i.  Murid mengenal huruf-huruf abjad kecil secara rawak.
                        ii. Murid memadankan huruf-huruf abjad kecil mengikut saiz.               
                        iii. Murid melengkap huruf-huruf abjad kecil di petak yang di kosongkan.


Impak      :  BBM – Huruf-huruf abjad kecil, lembaran kerja.

                   Kumpulan 1 :  2 daripada 4 orang telah menguasai kemahiran 1.
                   Kumpulan 2 :  1 daripada 3 orang telah menguasai kemahiran 2.
                   Kumpulan 3 :  2 daripada 5 orang telah menguasai kemahiran 3. 















No comments:

Post a Comment